Monday 23 January 2012

Surat Ex Awek Khas Untuk Awek Baru Ex Bf Nya.....




Melangkah ke hadapan penuh senyuman . Awak apa khabar ? Mesti awak pelik kan kenapa saya (yang merangkap sebagai bekas kekasih kepada kekasih awak sekarang ni) bagi awak surat . Saya nak ucapkan tahniah di atas ketabahan awak untuk menerima kekasih awak sekarang ni (yang merangkap bekas kekasih saya dulu) sebagai kekasih awak .

Tak sampai sebulan kami berpisah . Tapi takpa , saya dah mula terima walau kadang-kadang susah sebab dia masih call dan mesej saya . Saya pun tak pasti kalau dia dah terima . Untuk kepastian , apakata awak check dompet dia . Kalau masih ada gambar saya yang buat awak rasa terbakar bila melihatnya , mungkin dia masih ingat kat saya . Takpa , nanti awak buang gambar tu senyap-senyap ye .

Dulu saya memang tak tabah sebab lepas dia curang dengan saya sampai tiga kali akhirnya dia tinggalkan saya . Eh silap . Saya tinggalkan dia . Mungkin masa tu jugak dia tengah usyar awak kan . Dia memang pencinta wanita dan dia juga buaya daratan . Itu dulu , mungkin bila dengan awak dia dah insaf . Baguslah ..

Ohye , saya harap awak tak kisah kalau saya dengan pakwe awak main komen-komen dekat facebook . Awak tak payahlah risau sebab kami cuma kawan . Tak baik tau kalau awak cuba putuskan persahabatan kami . Dari dulu-dulu masa sebelum kami bercinta , kami memang suka main komen-komen ni . Tapi takdelah bersayang-sayang macam awak dengan dia walaupun masa tu kami tengah “in relationship” . Awak tak perasan eh status dia ?



Pakwe awak ada mengadu dengan saya yang awak marah-marah dia dan paksa remove saya dengan komen-komen kami tu . Kenapa macam tu dear ? Awak tak takut ke nanti dia menyampah dengan awak sebab kongkong dia sangat . Tapi , kalau dia dah remove pun . Awak agak-agak dapat tak remove sekali kenangan kami bersama masa dulu-dulu .

Masa saya tengok gambar profile awak dekat facebook tu , lidah saya terkelu . Hotnye awak kan . Ambik gambar style kamera kat atas lepas tu segala lurah kat dada nampak . Patutlah pakwe awak syok kat awak kan . Saya harap janganlah pulak lepas dia dah dapat apa yang dia nak dari awak , dia tinggalkan awak pulak . Yelah , saya kan bertudung . Dia sentuh sikit pun saya rasa macam nak lempang aje dia laju-laju .

Sampai sinilah dulu coretan saya buat awak . Semoga awak berbahagia dengan dia . Jaga dia elok-elok . Jangan sampai dia melutut balik nak dengan saya ..

I'm Done...We All Done...Yeahh...!!

Asssalamualaikum readers....

i'm done..!


Alhamdulillah...syukur...setelah bertungkus lumus selama 2tahun ini, Ci Bulat telah berjaya menamatkan sesi belajar untuk Bachelor Degree di Dungun yang tercinta walaupun apabila post ni dipublish, Ci Bulat sudah pun selamat berada di kampung....(lambat sebab bz berkemas...banyak barang siottt....hehehe)....gambar di ats saje je...graduation day lambat lagi...tapi nk gtau korang yang Ci Bulat da habis belajarrr...................ngehngehngeh...


Selama berada di Dungun, banyak sangat pengalaman dan kenangan pahit manis yang Ci Bulat lalui....bila teringat akan meninggalkan semua itu, hati ni rasa sedih la pulak....2 tahun bukan masa yang singkat...macam2 perkara yang terjadi....dan sekarang, semua itu akan menjadi kenangan dalam hidup Ci Bulat....AYuni Aziz, Nicky Barraque..both of them are my best friend here....yang sengal dan gila-gila sehingga Ci Bulat pun da ikut berjangkit dengan diorang berdua....tambah 3 orangbudak hitam lagi yang kureng jugak...Farah, Anis and Yati...kat dalam blog die (hayyatiey.blogspot.com) ade story2 pasal Ci Bulat, so, lam blog ni, ade mention jugak name dia...Yati n yang berdua lagi adalah ahli sewa rumah yang baru Ci Bulat awal2 sem hari tu..mula2 tengok, sopan betul budak2 ni....tapi hampehhh....same jugak macam geng Ci Bulat.....

2 tahun di Dungun, belajar...naik tangga turun tangga kelas...jumpa lecturer yang best...yang tak best...oppsss....hehehe....bangun pagi bangun tengahari....cuti jumaat sabtu...pergi Mesra Mall....Kuantan...karaoke...tgk wayang sama2....huhu....sem 4 sampai sem 6 lah antara moment yang paling best Ci Bulat akan ingat sampai bila-bila...geng satu kepala bersama Afiq, Azri....jejaka idaman dalam kelas Ci Bulat sebab..both of them are the only 'kumbang' di dalam kelas...n now..Ci Bulat dan kawan2 berjaya menghabiskan juga 2tahun pengajian di Dungun....alaaaa..........lepas ni Ci Bulat pasti akan merindui semua tuuu..........:(

i'll miss them....

Sekarang ni...Ci Bulat stay kat rumah...jadi 'Mem Besar'..bangun tidur..makan...tengok tv...movie...koreaa....tunggu result exam untuk last semester....entah macamna laa resultnya nanti....nervouesss....then..next step...waiittt...nanti Ci Bulat akan announce kan yaa...tungguu..........tenkiu for reading thisss.....luv yaa....

Saturday 7 January 2012

Seatbelt...~

Assalamualaikum...u'ollss....

Post kali ni Ci Bulat nak share pasal seatbelt..kenapa...kerana 2hari lepas, Ci Bulat ke bandar bersama2 budak rumah mereleasekan tension...baru separuh jalan gerak..tersempak plak dengan "Pak Cik Baju Putih"..sape? Pak Polisi laa...adoiii....ingat kan dorang nak tahan motor je, rupanya, Ci Bulat pun kena tahan jugak...sebab NO SEATBELT...eh, bukan kt depan..tp kat belakang....siap kena sound dengan abang polis yg hensem lgi kacak.."Nanti kat belakang tu, pakai tali pinggang keledar ya..," Dengan serta merta spantas kilat, Ci Bulat teringat yang penguatkuasaan untuk pemakaian tali pinggang keledar dah berkuatkuasa...kalau tak da, start January 2012, kena saman kotttt.......aiyaa...tapi hari tu, nasib baik Ci Bulat tak kena saman...fiuhhh...balik rumah, Ci Bulat surf kat internet pasal penguatkuasaan seatbelt ni....dan terjumpa lah information seperti dibawah yang Ci Bulat boleh share dengan korang....:)


Pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2009 ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
1.    Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
2.    Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
3.    Kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
4.    Kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk pemandu dan
5.    Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan

Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, tempoh 3 tahun diberikan kepada pemilik kenderaan tersebut untuk memasang tali pinggang keledar belakang bermula 1 Januari 2009.
Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada pihak industri dan beberapa pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma. Bagi kenderaan yang mempunyai lebih penumpang sedangkan tali pinggang keledar tempat duduk belakang terhad maka pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab memastikan setiap penumpang menggunakan tali pinggang yang ada sepenuhnya. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu sekiranya gagal berbuat demikian.
Risiko dan kesan jika mengabaikan penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:

a)    Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan juga penumpang yang berada di hadapan kerana apabila sesebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50kmsj dan penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan

Berdasarkan perangkaan pada tahun 2007, pemakaian tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian telah berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes kecederaan ringan.
Sejak pelaksanaan  penggunaan tali pinggang belakang, kadar kematian telah berkurangan sebanyak 50%, kecederaan parah  45% dan 50%  kecederaan ringan bagi penumpang di tempat duduk belakang manakala 75% pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan.
Jadi, sebagai pengguna jalan raya tidak salah sekiranya kita menyokong inisiatif kerajaan yang ingin memastikan keselamatan rakyatnya.

Sumber: JKJR

dipetik dari http://www.pmr.penerangan.gov.my

Thursday 5 January 2012

Gap Exam..dan Tengok Movie...

Assalamualaikum smua....

Humm...da berapa hari da Ci Bulat tak update pape..almaklumlaa....busy nak final..nasib baik lelabah2 tak sempat nak bersarang lagi kat blog ni.....

Semalam, 5hb Ci Bulat da lepas first paper...System Analysis Design..ok..sangat susah..tak taw laa ape yang Ci Bulat jawab..tawakal je laaa kan...huhu...Hari ni sehinggalah 14hb Ci Bulat gap untuk second paper iaitu Business Process Reengineering...lama kot...apa yang nak dibuat ek sepanjang gap nanti? 

Ci Bulat plan nak study untuk 3 subjek sebab nanti da tak da masa untuk study the next paper nya pada 18hb and 19hb...after that, i am free from bachelor degree student...hahahaa....

Tapi tak kan nak study je tiap2 hari kan...pecah otak laa macam tu..Ci Bulat teringin nak pergi tengok wayang laa...sekarang ada movie baru kan...Papa, I Love You...macam best je Ci Bulat tengok trailer nya kat web....ehm...nak ajak siapa yaa..Kalau korang nak review synopsis movie ni...klik kat sini taw.....www.metrowealthpictures.net