Monday 1 April 2013

Wahai Calon Imamku...♥


Wahai Calon Imamku Yang akan Bertahta Dihatiku...

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang senantiasa haus dengan ilmu,Yang senantiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senaantiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapaknya,
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya....

Khas utk M.A.N

Sunday 17 March 2013

Dia tangguh study...!

Ok....this is sad....dia nk tangguh blaja! Mr.A nk tinggal aku sorang...blaja kt puncak... Ermmm....sedihhhh.....tak tahu nk ckp apa dah...knapa dgn aku nih....ape yg aku rasa ni...argghhh.....

Thursday 7 March 2013

Confuse

Ok..confuse..there so many things in my mind right now.... Why? Because of anak cik Nordin yg drive neo putih plat DBT...who is he? Dia la yg mama abahku inginkn utk dijadikan menantu....!!!!

But deep down in my heart...ade jgak rasa jatuh suka pd dia....since i saw him during our degree time...time tu he's already have gf and me---» single.... Now when mama n abah taw yg dia dah single..lagilah dorang suka....

Last nite..mama tanye lagi pasal dia...everytime ade masa..mesti kluar psl dia....since they know his status...serba salah dibuatnya...hanya mampu berdoa...

Rasa bersalah menyelubungi diri...trutama pd the guy dat im dating with rite now mr.W...how to tell him yg mama abah hanya nampak mr.A je...tiada jodoh kami kah...im afraid...if bkeras utk bsama mr.W but mama xsuka...kang jdi anak derhaka...tk berkat...

Argghh....stressssss.....pening nk pk....hanya mampu berdoa..semoga Tuhan tunjukkan jalan...

Till next post...XOXO

Wednesday 6 March 2013

My Parent 'Like' My Boyclassmate

Assalamualaikum....

Hari ini nak story pasal somebody....he's one of my friend....we're being friends since degree lagi...but at that time he's still someone boyfie....or dengan kata lain...da ada awek....same like me...at that time laa....sekarang still pegang status 'single and availabe' (macam nk promote diri plak kan..hik3)




Ok back to the story...lately..not lately sgt..mama and abah keep talking about jodoh..about tunang...married..bla bla bla....sbb i'm 25 years old now....oh my...but ade apa pada numbers kannn....only numberssss...(ayat nk sedap hati)...dorang pun fikir sbb tak lama lagi their daughter ni nk habis belajar dah...they keep talking..bila nk bawak jumpa bf...the problem is...i have someone but ssh nk cakap..its all about the status..my family status...my status as master's student...ermmm...

Few months ni i've been close with this guy...dia biasa...dr segala2 nya...but the problem is..the parent..dorang, especially mama keep saying that...cari lah yg setaraf dengan kelulusan..yg blh bimbing dalam ajaran agama..yg blh diharapkan utk jaga anak tunggal dia ni....abah? ok ja..tp dalam ok2 dia pun...he said that there would be different between us...abah terima siapa2 pun..yg penting that guy must always love me..and blh jaga smpai bila2....pendek kan cerita...i hv to find someone else yg menepati ciri2 yg dorang nak...its difficult bila kita anak tunggal..everything kena terbaikkkk....

(this is what they want know...)

Nak dijadikan cerita, talk about my friend tu, dia pun sambung master..and we're in the same class...mama abah dah kenal dia..since degree coz kitaorang pernah satu group untuk subjek group research...hanya kami berdua sahaja yg sambung master....and yg paling mengejutkan...mereka sukakan dia....nak dia jadi menantu!!!!! how come....aduhh...pening fikirrrr....berbelah bagi..serba salah..everything comes in my mind since that time...

Everytime balik kg. they will ask about him...ok..i'll name him as Mr.A..the reason mama abah suka dia...sbb kami setaraf...belajar sama2..lama dah kenal...mama suka tengok dia..abah suka cara dia...kebetulan kami sekampung..and saya baru tahu..dia pernah sekolah agama..n his family also dari golongan terpelajar..bila distory2kan pada mama, lagi lah mama suka....siap suruh tackle lagi...both of them keep telling me to tackle him!

But what about the guy that i've closed to rite now...how about him plak...arrghh...org kata, pilihan ibu bapa lebih baik dari pilihan sendiri..kerana lebih berkat...yes, i admit it..and sampai sekarang saya berpegang pada kata2 tu...after mama abah said that, u can find another guy yg setaraf dgn kita, i keep in my mind and told them...klu macam tu, mama abah carikan lah...siapa2 pun i will accept...:)

Till next post..i'll story about my feeling...:)

Daaaa...XOXO



It's Been A While...




Assalamualaikum....seperti title di atas...its been a while..a while ke...rasa-rasa nya sudah lama tak update blog kan...and almost one year becoming master's student....tinggal lagi 1 sem utk disudahkan....mcm2 perkara yang terjadi...good, bad..even worst...but i've managed it well...took it as a challenged in life....with my mama's support...best friend...especially Yuni...dia la tempat utk mengadu..ke sana ke mari...di Kuala Lumpur ni..always be by my side..thanks Yu...

( me with Yuni...after my class..pick her up and terus ke Kg.Baru for dinner)

Haaa....talking about my master...Alhamdulillah....syukur...dh lepas 2 semester...result pun Alhamdulillah..semua lulus...btl ape Madam Siti Hajar ckp dlu, yg penting diri sendiri...klu betul2 nak buat, kena yakin...and i have proved it....



Thursday 5 April 2012

Belajar...belajar..belajar....

Yes...i admit it. Memang belajar ni seronok..tapi yang tak seronoknya bila time nak buat assignment..huhu..Study master bukan macam degree, diploma dlu...even relax, but kena work harder. everyday saya akan dan kena online, cari jurnal,bahan rujukan...buat study case...tu belum lagi subjek Research....tapi seronok bila dapat belajar, dapat timba ilmu and knowing sesuatu yang baru...lots of fun sebab lecturer semua yang ada banyak pengalaman...yang ada Ph.D..Master...seronok bila takda kelas...and bila buat presentation yang sangat relax...even dalam hati sangat-sangat berdebar, almaklumlah..broken English pun bley jadi bila kena present...




Mata pun da naik silau..huhuhu..dari 4 maybe jadi 6...hahaa...Penat sangat..bangun ja tidur, breakfast pun depan laptop..online dari pagi sampai petang..malam..almost whole day kena menghadap laptop siapkan assignment. mujur x keje..kalau keje, macamana laa nak bahagikan masa..tak tidur kot....tapi ada sampai 1 tahap...pernah terfikir..it this want i want...? but i should not regret for what i have chose...post ni pun after siapkan satu assignment Information System Management yang Cik Ariff punya...tomorrow baru nak compile dengan Kak Zaharah and Aqma..BTW, dorang tu my group member for this subject. Banyak lagi yang sedang menanti untuk disiapkan..until next post....my eyes and my mind need rest....till next post yaa.....arrghhh...~

Tuesday 3 April 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita...



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.